Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tak Boleh Buat Kenduri Aqiqah Sebab Covid-19, Shukri Yahaya Hantar Wakil Urus Di Mekah - "Selamat Dah Dua Ekor Kambing Untuk Anak Bujang"

Zulaikha Yusof 19/02/2021 | 12:00 MYT
Pelakon Shukri Yahaya, 33, akui merancang untuk mengadakan majlis aqiqah anak lelakinya, Maleeq Miqayl yang berusia tujuh bulan sama seperti anak sulungnya, Aaira Ameena, 5.
Susulan pandemik Covid-19, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya terpaksa melupakan hasratnya itu.
"Kesian Maleeq Miqayl lahir pada zaman pandemik ni, sebab Shuk tak boleh nak buatkan untuk dia aqiqah macam kakak dia, ada kenduri semua tu lah," tulisnya.
Tidak ingin menangguhkan lagi, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 mewakilkan pihak Aqiqah Centre untuk menguruskan aqiqah Maleeq di Mekah.
"Tapi dua hari lepas Shuk berhubung dengan @aqiqahcentredotcom untuk dia buatkan aqiqah Maleeq di Mekah, hari ini mereka bagi bukti yang mereka dah tunaikan tanggungjawab tu.
"Ya Allah cepatnya! Sayang, Tya Adnan selamat dah dua ekor kambing untuk anak bujang kita, alhamdulillah," tulisnya lagi.
Perkongsian yang dibuat menerusi Instagram Stories pada Selasa lalu turut memuat naik rakaman video ketika urusan dijalankan.
Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
#Shukri Yahaya #Mekah #Akikah #Tya Adnan #Aaira Ameena #Maleeq #Miqayl
;