Hiburan

Tak Boleh Hidup Tanpa Cinta, Khai Bahar Kini Sudah Berpunya?

Fiza Kamarudin
13/10/2017
09:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Boleh Hidup Tanpa Cinta, Khai Bahar Kini Sudah Berpunya?
Memenangi dua trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APPBH) 2017, Khai Bahar nafi mula bersikap sombong atau besar kepala.
Khai, 23, berkata, dia kini masih seperti dahulu dan sedang berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
“Saya tidak pernah lupa diri, saya masih seperti dahulu. Tidak ada sebab kenapa saya perlu sombong kerana saya di dalam indsutri ini masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari.
“Saya berterima kasih kepada peminat yang selama ini banyak menyokong dan memberi dorongan ketika saya dikritik,” katanya.
Selain bercerita tentang perkembangan terkininya, Khai turut berkongsi tentang kisah cintanya.
Rasanya sebelum ini Khai pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak boleh hidup tanpa cinta dan pernah berasa sakit ketika ditinggalkan kekasih.
Tetapi mungkin ramai yang ingin tahu, terutama peminat wanita...tentang kisah cinta terbaru Khai yang khabarnya sudah berpunya! Betul ke?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jangan lupa tonton Konti Karat malam ini bersama Shuib Sepahtu sebagai hos.
Istimewanya malam ini, Khai akan ditemani sahabatnya Haqiem Rusli.
Konti Karat bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.
Foto: Instagram Khai Bahar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar