Berita
“Tak Boleh Masuk Dah”- Reaksi Sharifah Sakinah Minum Coca Cola Selepas 7 Tahun Berhenti
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia sudah tujuh tahun meninggalkan minum manis berkarbonat seperti Coca Cola dan Pepsi.
Namun selepas tujuh tahun dia cuba untuk minum Coca Cola, Sakinah akui dia tidak boleh menerima rasanya yang terlalu manis.
“It's been so long since I had a #Coke or Pepsi, etc... I forgot that I quit! 7 years now and counting!
“Hari ni saja gatal nak minum. Myyyyyyyyyyy Allah!!!!! Tak boleh masuk dah . I kicked the habit and it feels good,” tulisnya.
Sakinah berkongsi perkata tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik sepotong video yang menunjukkanya sedang minum minuman berkarbonat tersebut.
Rata-rata terhibur dengan gelagat Sakinah dan ada juga yang melalui pengalaman yang sama.