Laman Utama

“Tak Boleh Tengok Kuih Tapi Kena Kuat Semangat” - Datuk Siti Mahu Amal Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan

Mya Amri
06/04/2022
14:10 MYT
Sponsor Banner
“Tak Boleh Tengok Kuih Tapi Kena Kuat Semangat” - Datuk Siti Mahu Amal Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan impiannya bagi Ramadan tahun ini adalah untuk mencuba amalan pemakanan sihat.
Siti yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mat ini sudah mula mencari menu makanan sihat untuk bersahur dan juga berbuka.
“Ramadan tahun ini, impian saya adalah untuk amalkan pemakanan sihat. Saya dah mula mencari menu-menu sihat untuk berbuka.
“Tapi tak boleh juga bila tengok kuih, bahaya tapi kena cuba kuatkan semangat. Sebab saya nak lebih sihat lagi.
“Saya nak dapatkan saiz yang lebih ideal untuk badan saya. Insya-Allah, doakan semoga cita-cita saya tercapai,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai puasa, Siti berkongsi rutin hariannya iaitu mengadakan tadarus bersama keluarga tersayang.
“Macam biasa bulan Ramadan saya akan bertadarus bersama dengan ibu dan juga adik-beradik ipar saya.
“Kita akan buat tadarus, selalunya di rumah sehinggalah khatam beramai-ramai dan raya nanti persiapan pula lebih kepada anak-anak,” ujarnya.
Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar