Laman Utama

Tak Cringe! Aksi 'Booty Shake' Westlife Di Axiata Arena Bikin Ramai Non-Stop Teriak, Ini 5 Momen Terbaik

Amri Hassan
25/02/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Cringe! Aksi 'Booty Shake' Westlife Di Axiata Arena Bikin Ramai Non-Stop Teriak, Ini 5 Momen Terbaik
"Westlife! Westlife! Westlife!" jerit 8,000 penonton yang memenuhi setiap ceruk ruang Axiata Arena Bukit Jalil pada malam pertama Konsert Westlife the Wild Dreams Tour pada Khamis lalu.
Seawal 8.50 malam, pentas dibuka dengan teriakan dan sorakan penonton (yang rata-ratanya terdiri daripada lewat usia 30-an), yang tumbuh membesar bersama usia 23 tahun Westlife.
Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily kembali membangkitkan nostalgia peminatnya di Malaysia, menebus pembatalan konsert mereka beberapa tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.
Tak kurang, malah berlebihan emosi dan tenaga yang dibekalkan buat penonton di Malaysia. Ini momen-momen menarik yang Gempak rasai sepanjang konsert Westlife the Wild Dreams Tour.

1. Emosi Kian Egan

"Kami gembira dapat kembali semula ke Malaysia. Setiap kali kami pusing satu dunia, kami kerap mengimbas semula suatu masa dahulu, ketika memasang impian untuk menjadi salah satu band terkenal.
"Dan selepas 23 tahun, kami berjauhan dari negara kami untuk datang ke Malaysia, sehingga menjual semua tiket untuk kedua-dua malam, impian itu jadi nyata.
"Kita tak makin muda, anda boleh bayangkan, selepas single pertama kami 23 tahun lepas, anda turut sama setia membesar bersama-sama kami," ujar Kian Egan penuh emosi.

2. Mark Feehily tarik tinggi!

Notasi tinggi masih milik Mark yang berjaya menyihir penonton dengan nota terbaiknya dalam setiap lagu mereka.
Flying Without Wings antara salah satu buktinya! Memang momen tarik tinggi tu buatkan penonton 'goosebumps'!

3. Booty Shake

Peminat yang mengikuti perkembangan akaun Instagram Westlife pasti teruja menantikan momen-momen 'booty shake' keempat-empat 'daddy' itu di hadapan mata masing-masing.
Westlife mengotakan janji! Dalam segmen mash-up lagu World of Our Own dan Crazy in Love (Beyonce), mereka mempamerkan aksi terbabit, yang pastinya mendapat jeritan luar biasa di Axiata Arena. Puas hati tak masing-masing?
Yang pasti, aksi itu tak cringe!
Westlife juga menghadiahkan untaian lagu-lagu ikonik ABBA seperti Mamma Mia, Gimme Gimme Gimme, Money Money Money, Take A Chance On M, I Have a Dream, Dancing Queen, Waterloo dan Thank You For The Music dalam segmen khas mereka.

4. Empat kali salin baju

Usia bukan halangan buat keempat-empat anggota kumpulan Westlife memberikan persembahan luar biasa! Tenaga mereka masih superb! Empat persalinan baju berselang-seli dengan montaj ringkas sudah cukup membuktikan keutuhan boy-band itu.

5. Peminat pun menangis

Adil buat peminat setia Westlife, untuk sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Uptown Girl, If I Let You Go, Swear It Again, I Lay My Love On You dan What About Now, adil juga untuk Westlife menyanyikan lagu dari album terbaharu mereka, Spectrum, Hello My Love.
Sebanyak-banyak lagu yang dinyanyikan, peminat yang membesar bersama mereka turut sama larut dalam emosi dan bait-bait penuh makna.
Tak melampau kalau ada peminat yang sebak dan menangis sama terutamanya ketika segmen lagu-lagu balada seumpama My Love, Flying Without Wings dan You Raised Me Up.
Westlife sekali lagi tinggalkan magis di bumi Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar