Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tak Cukup Dengan Denggi, Now Nyamuk Sebar Virus COVID-19 Pula? KKM Akhirnya Tampil Bersuara!

Hanafis Haris 25/06/2020 | 17:04 MYT

Baru-baru ini timbul satu spekulasi serta dakwaan mengatakan COVID-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk.

Perkara ini teleh mencetuskan kebimbangan ramai memandangkan nyamuk menjadi punca penularan wabak denggi.

Tampil menangkis dakwan berkenaan, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu posting di Twitter menjelaskan kekeliruan berkenaan.

"Bolehkah #COVID-19 disebarkan melalui gigitan nyamuk?

"Jawapannya tidak boleh. COVID-19 hanya disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti," kata pengendali akaun berkenaan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan, perkara ini telah pun dijelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, Coronavirus juga dikenal sebagai SARS-CoV-2, adalah virus pernafasan.

Virus ini terdapat dalam air liur dan lendir dari hidung dan menyebar melalui tetesan kecil ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin atau bahkan bercakap.

Seseorang itu akan dijangkiti dengan menyentuh sesuatu yang tercemar COVID-19 dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata mereka.

Sumber : Twitter KKM, WHO

#Denggi #COVID 19 #Nyamuk
;