Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Tak Cukup Ke Kucing dan Arnab, Tak Puas Ke Nafsu?" - Wardina Safiyyah

Elrafaei Sapi 02/07/2018 | 13:50 MYT
Pelakon dan pengacara popular, Wardina Safiyyah menyelar tindakan segelintir individu yang menjual haiwan eksotik sebagai binatang peliharaan.
Ujarnya, dia turut berasa marah dengan tindakan penjual kedai haiwan di negara ini yang sanggup menjual spesis tersebut pada harga beribu ringgit.
"Binatang rare macam ni bukan binatang peliharaan! Tak cukup ke kucing dan arnab, tak puas ke nafsu? Bersepah kucing dan anjing perlu dijaga di Malaysia," katanya dipetik menerusi Instagramnya, hari ini.

Nak marah jap, baru lepas tengok insta story kawan... So berapa banyak kedai binatang di Malaysia sekarang jual binatang dengan harga ribu-ribu macam ni? Binatang rare macam ni bukan binatang peliharaan! Tak cukup ke kucing dan arnab, tak puas ke nafsu? Bersepah kucing dan anjing perlu dijaga di Malaysia. Pada sayalah, berdosa seksa binatang macam ni. Kau ambik dia dari habitat asal, kurung dia dan jual demi keuntungan dan wang. Such greedy heartless humans! Siapa yang pantau kedai2 haiwan yang tumbuh sana sini? Mereka sepatutnya bebas dan hidup gembira di habitat asal bukan dalam kurungan kecil seperti itu. These beautiful animals are wild animals, not pets and they don't belong in cages idiots! Celakanya manusia.. tamak sungguh ya kita ni. Alam kita musnahkan, binatang kita seksa demi duit dan nafsu. Please tag jabatan2 haiwan ke.. sakit hati... #donemeroyan #freeanimals Whomever in power please look into this. #endanimalexploitation #malaysiabaru "The greatness of a nation can be judged by the way its animals are treated" -Mahatma Ghandi- Ustaz @drzulkifli.albakri please give a fatwa on this.

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on

Wardina memberi nasihat perbuatan sedemikian berdosa apabila memperlakukan haiwan terbabit.
"Kau ambik dia dari habitat asal, kurung dia dan jual demi keuntungan dan wang. Such greedy heartless humans!
"Siapa yang pantau kedai2 haiwan yang tumbuh sana sini? Mereka sepatutnya bebas dan hidup gembira di habitat asal bukan dalam kurungan kecil seperti itu," katanya.
Tambahnya, haiwan liar bukan untuk dipelihara dan mereka tidak boleh dikurung.
"Celakanya manusia.. tamak sungguh ya kita ni. Alam kita musnahkan, binatang kita seksa demi duit dan nafsu," katanya.
Status Wardina itu turut mendapat pelbagai komen netizen yang bersetuju terhadap isu tersebut dan mahu Jabatan Perhilitan Malaysia mengambil tindakan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @wardinasafiyyahofficial
#Haiwan Eksotik #Wardina Safiyyah
;