Laman Utama
Tak Dapat Jadi Pemain Bola, Raffi Ahmad Beli Kelab Bolasepak
Pengacara dan pelakon popular Indonesia Raffi Ahmad memberitahu sebelum menjadi selebriti, dia mempunyai impian bergelar pemain bola sepak.
Namun impiannya menjadi pemain bola sepak tidak kesampaian.
"Saya cuma pernah ikut masuk kelab bola sepak junior di Bandung. Tiba tiba sekarang sudah jadi artis," kata Raffi Ahmad seperti dilaporkan oleh GempakId baru baru ini.
Biarpun cita cita menjadi pemain bola tidak kesampaian, Raffi tidak pernah melupakan minatya terhadap sukan tersebut.
Kini saat sudah sukses dan mempunyai banyak duit, Raffi meneruskan kecintaannya terhadap sukan bola sepak dengan menjadi pemilik salah satu kelab bola dari Sepakbola Liga 2 Indonesia, Cilegon United FC.
Setelah rasmi menjadi pemegang saham, Raffi bersama sahabatnya, Rudi Salim mengubah nama Cilegon United FC menjadi Rans Cilegon Football Club (FC). Dia membayar Bambang Nurdiyansyah sebagai coach dan Hamka Hamzah diangkat sebagai pengurus kelab.
"Saya wujudkan mimpi ini semua kerana minat. Saya memang mempunyai hasrat untuk memiliki kelab bola sepak sendiri. Cuma sekarang baru menjadi realiti.
"Jadi syarikat saya Rans Entertaimen dan Prestige Image Motorcars akan bergabung untuk merombak pasukan Cilegon FC menjadi Rans Cilegon FC," jelasnya.
Raffi kemudian menafikan membeli sekaligus memiliki kelab bola sepak bukan untuk menunjuk nunjuk kekayaan atau terikut ikut.
"Saya mengambil masa lama untuk berfikir sebelum membuat keputusan kerana tak mahu dalam masa setahun atau dua, saya akan menjual kembali pasukan ini.
"Visi saya juga adalah membuka akademi bola sepak dan mencungkil bakat baharu supaya nama sukan ini menjadi lebih baik semula," akuinya.
Tidak hanya memiliki kelab bola sepaknya sendiri, lelaki berusia 34 tahun itu juga bergabung bersama public figure dan rakan artis dalam kelab bola sepak yang dinamakan sebagai Selebritis FC yang antaranya dibarisi oleh Judika, Ibnu Jamil dan Billy Syahputra.
Instagram: @raffinagita1717