Laman Utama

Tak Faham Kenapa Nak Buat Akuan Sumpah, Sedangkan Memang Slot Tu Penuh – Kenapa Nad Zainal Bengang?

Faizal Saharuni
12/07/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Faham Kenapa Nak Buat Akuan Sumpah, Sedangkan Memang Slot Tu Penuh –  Kenapa Nad Zainal Bengang?
Pelakon, Nad Zainal menasihati golongan ibu bapa yang bakal atau baru menyambut kelahiran cahayamata agar membuat tempahan slot janji temu segera dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan memudahkan pendaftaran bayi mereka.
Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, JPN melaksanakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dengan menerima pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja dibuat di atas talian menerusi, MyJanjiTemu bermula 4 Mei lalu.
Difahamkan, slot janji temu tidak mudah diperolehi kerana ia mengikut siapa yang mendaftar awal akan didahulukan (atau tertakluk kekosongan) bagi menyelesaikan semua urusan berkaitan JPN seperti pendaftaran kematian, kad pengenalan selain kelahiran.
Menerusi video dimuat naik di Instagram Story miliknya semalam, Nad berkongsi tip agar golongan ibu bapa tidak lewat mendaftar kelahiran anak yang mengakibatkan mereka terpaksa membuat surat angkat sumpah di kemudian hari.
Hakikatnya, ia berpunca daripada slot janji temu lambat diperolehi selepas mengikut nombor giliran masing-masing.
So kepada yang nak melahirkan anak tu, cepat-cepatlah berebut slot temujanji JPN. Lepas keluar hospital terus daftar pun 4 bulan punya slot baru dapat. Semua pasal Covid!”
“Tak faham kenapa nak buat akuan sumpah, sedangkan memang slot tu penuh. Takkan nak tipu?. Sebab kalau boleh nak suami je keluar. Ni kalau isteri keluar, baby mesti kena bawa. Mana boleh drop rumah atok nenek, struggle betul ada baby di zaman pandemic.”
Nad melahirkan bayi keduanya yang merupakan seorang perempuan, Budi Kalsom pada April lalu.
Dia berharap agar sistem sedia ada dapat diperbaiki terutama semasa pandemik ini demi memberi lebih keselesaan kepada ibu bapa untuk mendaftar kelahiran bayi mereka.
“Selagi Covid tak habis selagi tu caca marba sistem. Bertabahlah ibu bapa. Ada anak lahir Februari pun tak daftar-daftar. Jangan sampai masuk tadika baru daftar pula. Ok inilah tips hari ni. Sekian.” akhiri Nad.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pendaftaran kelahiran boleh dibuat dalam tempoh 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dengan tiada denda dikenakan masih berkuatkuasa.
Instagram: @nad.zainal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar