Hiburan
“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat
Doktor selebriti , Dr. Say Shazril memaklumkan bahawa dia tidak menghalang anak-anaknya jika mahu memilih menjadi seorang pempengaruh pada masa akan datang.
Namun sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
“Saya tak halang jika satu hari nanti anak saya nak jadi seorang pencipta kandungan tapi yang penting dia perlu ada segulung ijazah pendidikan tinggi.
“Sekiranya job sebagai content creator ketika itu sudah sendu, anak saya boleh manfaatkan ijazah itu di jalan yang baik,” ujarnya.
Pempengaruh itu juga menyeru agar ibu bapa sentiasa menekankan kepentingan pendidikan kepada anak-anak meskipun tidak menghalang pilihan kerjaya yang mereka mahu ceburi.
Dr.Say berkata demikian ketika mengulas kejayaan pempengaruh, Khairul Aming yang dilihat sangat bagus.
Bagi Say, pencapaian pencipta kandungan yang popular dengan kandungan masakan itu sangat luar biasa, dan Khairul dilihat telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi buat pencipta kandungan di Malaysia.
“Bila saya tengok video Khairul Aming berjumpa dengan Perdana Menteri New Zealand, terduduk saya dibuatnya. Sebab dia dah meletakkan satu tanda aras yang tinggi bagaimana content creator sepatutnya jadi,” katanya.
Mengulas lanjut, Say menyatakan apa yang dilakukan Khairul Aming seharusnya menjadi contoh kepada semua pencipta kandungan dan bukannya membuat ‘content’ yang tidak berfaedah semata-mata untuk meraih tontonan yang tinggi semata-mata.
“Ini membuktikan pelajaran sangat penting, bukannya jadi content creator yang tidak berpendidikan dengan menghasut penonton bahawa pelajaran tidak penting dan tidak perlu sambung untuk sambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Jangan juga menjadi seorang pencipta kandungan untuk mengajak melakukan content yang tidak senonoh hanya untuk mendapatkan tontonan yang tinggi di media sosial,” tambahnya.