Viral
Tak Jadi Roboh, Ini Perkembangan Terkini Rumah Biru Di Kampung Baru
Kecoh di laman sosial apabila Rumah Biru ikonik yang pernah melatari pelbagai karya menerusi layar kaca dan lebar didakwa bakal dirobohkan.
Namun, lain pula dengan kemas kini yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini. Menerusi hantaran Syafiq Abdullah, waris pemilik rumah berkenaan memberitahu yang kediaman tersebut tidak akan dirobohkan.
Tidak jadi roboh
Sebaliknya, ia akan dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi laluan terhadap pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah…
Kongsi Syafiq, projek tersebut masih tidak dimulakan lagi dan mereka hanya diminta untuk keluar dari rumah berkenaan.
"Hai korang, projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini Insya-Allah tidak dirobohkan ya. Kami diminta keluar bagi memudahkan projek kan berlangsung nanti.
"Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, Insya-ALLAH pemaju akan baik pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa semoga selepas tamat projek ni, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini," katanya.
Dalam masa sama, Shafiq mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengikuti perkembangan Rumah Biru itu.
ARTIKEL TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil
ARTIKEL TRENDING: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"
ARTIKEL TRENDING: Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First
ARTIKEL TRENDING: Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."
"Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli tanah kampung ni. Saya sebagai wakil pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi.
"Diharap penjelasan saya ni dapat sedikit sebanyak yang saya kongsikan. Terima kasih Malaysia," katanya.
Selain tarikan pelancong, Rumah Biru itu turut menjadi lokasi penggambaran filem antaranya Adnan Sempit, Remp-It dan Impak Maksima.
Sumber: Majoriti
Must-Watch Video