Laman Utama
Tak Kedekut ilmu, Faizdickie Kongsi Perjalanan Kurus “Set Timing Kau Untuk Start Your Own Journey!”
Personaliti media sosial, Faizdickie, berkongsi tips dan persediaan untuk melakukan transformasi diri ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Faizdickie atau nama sebenarnya, Nasrul Faiz Abu Azal berkata, dia merekodkan persediaan sebelum memulakan transformasi itu dalam bentuk video supaya menjadi inspirasi kepada pengikut Instagramnya.
“Bangpaih! Macam mana nak start WEIGHT LOSS JOURNEY? Well, minggu pertama adalah yang paling sukar, sebenarnya beberapa hari sebelum minggu pertama tu lagilah susah. Aku dah rasa dek! Haha.
“What I did yang kau boleh buat;
“1. Make it clear dalam otak, apa sebenarnya tujuan kau nak start? Nak kurus ke, nak sihat ke, nak muat baju nikah ke atau nak tampil kompiden ala skinny.
“2. Check kau dah prepare dari segi pemakanan dan work out. Dua perkara ini kena serentak. Tak boleh work out sejam lepas itu waktu makan tenghari kau makan unta seekor atau sebulan kau puasa tapi malas bersenam.
“3. Make sure kau sihat, tak cedera semua. Jika kau memang ada penyakit, dapatkan nasihat doktor atau coach kau supaya dorang boleh susunkan work out yang sesuai dengan kecederaan atau limit. Kalau kau sakit hati putus cinta yang tu abang campak dumbell kat muka kau. Haha,” kongsinya.
Dalam pada itu Faiz juga memberitahu akan memberikan sokongan kepada mereka yang ingin memulakan perjalanan sihat dengan cara berkongsi rutin senaman yang dilakukannya.
“Dalam series VLOG #WeightLossBersamaPaih ni, setiap minggu abang akan upload video yang abang rekod sepanjang emat bulan diet/work out haritu.
“Dalam setiap video, abang kongsi tips dan coach pula ada kongsi sikit rutin work out yang kau boleh ikut.
“Makanya, jika kau ikuti siri VLOG abang kat Youtube Faizdickie VP, perjalanan kau akan ditemani oleh Paihdiki yang gemuk dan Coach Farees lah. Kitorang jadi pompom girl korang haha.
“Kau boleh tengok dan set timing kau untuk start your own journey bermula minggu depan! Go go chayok,” kongsinya.
Terdahulu, Selepas 4 bulan membuat keputusan untuk 'berehat' seketika daripada Instagram, Faizdickie, akhirnya membuat kemunculan semula.
Sepanjang tempoh tersebut, dia sebenarnya membuat keputusan untuk melakukan transformasi pada dirinya.