Laman Utama
Tak Kekok Gambar Bersama Ketika Birthday Party Jebat, Ramai Puji Sharnaaz & Nabila...Tapi Mana Engku Emran?
Sikap terbuka aktor Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabilah menyambut hari ulang tahun kelahiran keempat anak mereka Jebat Jayden bersama semalam telah mendapat pujian ramai.
Malah paling mendapat perhatian apabila dalam perkongsian di Instagram (IG), Sharnaaz dan Nabila dilihat tidak kekok bergambar bersama-sama dengan anak mereka ketika sambutan hari jadi berkenaan.
Rata-rata kagum dengan sikap profesional mereka berdua yang dilihat berusaha untuk menggembirakan anak mereka dalam tema kartun Spiderman itu.
"Always love how Nabila and Sharnaaz can still snap a picture together with their son regardless of the situation and still respect each other," puji salah seorang pengikut laman sosial itu.
"Gambar bersama sangat menyentuh hati... happy birthday boy," komen salah seorang warga maya.
Dalam sambutan hari jadi itu dilihat mereka sama-sama meraikan hari jadi anak mereka, malah Sharnaaz turut mengenakan baju tema Spiderman.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, majlis dihadiri hanya keluarga dan rakan terdekat dan diadakan dengan meriah.
Namun dari perkongsian itu kelibat suami Nabila, Engku Emran tidak kelihatan dan menjadi tanda tanya.
Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Juali 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Jebat.
Nabila kemudian kembali bergelar isteri dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021.