Hollywood
"Tak Kenang Budi!" - Gara-Gara Tak Kredit Kejayaan Lagu Savage Love, Jason Derulo Diserang BTS Army
Penyanyi R&B popular Jason Derulo mendapat kecaman hebat dari peminat setia kumpulan boy band Korea Selatan BTS selepas meraikan kejayaan lagu Savage Love baru-baru ini.
Puncanya apabila Derulo langsung tidak memberikan kredit kepada kumpulan BTS apabila lagu itu mendapat kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100.
Derulo, 31, berkolaborasi dengan BTS daripada lagu asalnya yang dijadikan remix dan tular di TikTok beberapa bulan lalu.
Mengecewakan BTS Army apabila parti meraikan kejayaan lagu itu baru-baru ini tidak diberikan sebarang kredit langsung kepada BTS.
Hal itu mengundang kemarahan BTS Army di Twitter hingga menganggap Derulo sengaja mengambil kesempatan atas populariti BTS.
"Jason Derulo, kamu sudah tidak relevan sejak 10 tahun lalu dan hanya muncul semula apabila tahu BTS punyai peminat yang ramai? Ini salah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kamu takkan dapat lagu yang akan menjadi juara carta lagi selepas ini. Memalukan!" tulis salah seorang pengguna.
"Jason Derulo sudah melupakan BTS! Wow Savage Love Remix mendapat nombor satu di Billboard. Kamu dapat #1 kerana BTS," tambah pengguna lain.
"Lucunya lagu asal Savage Love langsung tidak menduduki tangga #1 Billboard sebaliknya remix dengan BTS yang berjaya. Tapi tak ada kredit pula. Tak kenang budi betul," tulis pengguna lainnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Savage Love remix menampilkan BTS, Derulo dan produsernya Jawsh 685. Ia telah dikeluarkan pada 2 Oktober 2020 selepas BTS mengesahkan kolaborasi mereka.
Untuk info, Savage Love menjadi lagu kedua Derulo menduduki tangga pertama Billboard Hot 100 selepas 11 tahun menerusi lagu Watcha Say.