Laman Utama
“Tak Kisah La, Janji Kami…”- Didakwa Di Ambang Perceraian, Ini Respon Che Ta
Pelakon Rozita Che Wan memberi respon ke atas satu tajuk artikel yang mendakwa rumah tangganya dengan Zain Saidin kini sedang di ambang perceraian.
Kata Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta cerita itu timbul selepas merasakan ada pihak yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka.
“Ini lah orang-orang yang tak happy dengan rumah tangga kami!
“Tak kisah la wei , janji kami dan keluarga kami happy,” jawabnya.
Che Ta menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram mililknya.
Dalam entri yang sama Che Ta seolah-olah musykil siapa yang menyebarkan berita tidak benar itu.
“Dengar kata wartawan yang dok jaja citer ni kat wartawan jugak…” tekanya secara berseloroh.
Terdahulu, dalam satu kenyataan media, Che Ta turut menafikan rumah tangganya goyah dan pelik bagaimana cerita itu boleh tersebar.
Che Ta, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.
Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.