Berita
"Tak Kisah Pun Lelaki Atau Perempuan" - Saharul Ridzwan Tak Nak Tahu Jantina Anak Sehingga Isteri Bersalin
Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu bahawa dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengetahui status jantina bayi keduanya sehingga isterinya bersalin.
Bahkan, Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 31, berkata, dia tidak kisah sekiranya bayi yang lahir nanti lelaki atau perempuan.
"Lelaki ke Perempuan? Tiga bulan je lagi!
"Ramai betul yang tanya. Sebenarnya, saya memang cakap dekat doktor saya tak nak tahu bayi perempuan atau lelaki sampailah Deena selamat bersalin nanti.
"Insya-Allah, tak kisah pun lelaki atau perempuan. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan bayi sihat, selamat dan cukup sifat Allah kurniakan," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Begitupun, Saharul turut bertanya kepada pengikutnya yang mahu meneka jantina bayi kedua mereka nanti.
Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang mendakwa kemungkinan bakal dikurniakan anak lelaki berdasarkan seri pada wajah isterinya.
"Kalau tengok muka maknya, berseri-seri selalu lelaki lah, kalau mak tak ada seri anak perempuan. Petua orang tua je. Apapun terpulang pada kententuan Allah," komen salah seorang pengikutnya.
Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali yang kini sudah menginjak usia tiga tahun.