Hiburan
Tak Lagi Sesuai Digelar Artis Berbadan Gempal, Afdlin Shauki Kini Semakin Kurus!
Pelakon, pelawak dan hos terkenal Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuat naik di Instagram, lapor Astro Awani.
Gambar itu menunjukkan perbezaan bentuk tubuhnya pada Disember 2018 dan April 2019.
Malah muat naik itu bagi memberikan semangat kepada pengikutnya yang mengalami masalah berat badan dengan mesej bahawa jangan putus semangat untuk menguruskan badan.
Dalam muat naiknya itu, Afdlin mengakui melakukan perubahan ini demi anak-anaknya dan berikrar akan mencapai berat badan ideal secara perlahan-lahan.
Afdlin turut berjanji akan terus konsisten terhadap perubahan ini.
Mungkin perkongsian Afdlin ini akan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa misi mendapatkan berat badan ideal adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Kerajaan sebelum ini mengakui masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.
Kajian mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.
Kami mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas iltizam untuk mengutamakan kesihatan dan menjadi contoh terbaik kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan!
Sumber: Astro Awani