Laman Utama

“Tak Larat Nak Gelak Perangai Parpu Anak Aku” - Rambut Anak Terlekat, Video Syatilla Melvin Buat Ramai Terhibur

Azwa Rahman
19/11/2020
13:32 MYT
Sponsor Banner
“Tak Larat Nak Gelak Perangai Parpu Anak  Aku” - Rambut Anak Terlekat, Video Syatilla Melvin Buat Ramai Terhibur
Pelakon Syatilla Melvin mencuri perhatian wargamaya apabila rambut anak bongsunya, Sarima Samheizy terlekat pada alat permainan Syeriv.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atai lebih mesti disapa sebagai Tilla berkongsi sebuah video menunjukkan permainan berupa kereta api milik Syeriv tersekat di rambut Sarima.
“Aku tak larat nak gelak dengan perangai parpu-parpu yang duk ada ni. Dalam satu hari depa dua ekor ni akan buat macam-macam bagi aku sakit kepala sakit dada.
“Ada ke logik @syeriv_samheizy pi buh train yang duk bergerak atas kepala adik dia? Besimpul habis rambut kawan tu. Hangpa tengok sendiri la,” tulis Syatilla di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi satu minit 15 saat itu, Tilla terpaksa memanggil suaminya, aktor Shahiezy Sam untuk membantu memotong rambut anaknya yang tersekat.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang terhibur menyaksikan gelagat kedua-dua anak pasangan ini.
“Hahaha nasib hang ni sweet Syeriv, nak marah pun jadi gelak dulu,” komen seorang wargamaya.
“Hahaha lawak la dua beradik ni. Syeriv buat muka kat mak dia weh,” kata seorang wargamaya.
“Muka abang dah rasa bersalah sangat tapi nak tunjuk dia cool relaks je,” tulis seorang wargamaya.
“Boleh ek dia jongkit hidung macam tu. Adoi, keras perut aku gelak,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 150,000 tontonan daripada wargamaya.
Sekadar info, Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar