Tak Mahu Hidup Dalam Kesedihan, Jennifer Coppen Terpaksa Berpindah - “Setiap Sudut Ruangan Rumah Mengingatkan Aku Tentang Papa Dali”
Pelakon Jennifer Coppen mendedahkan dia mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kediamannya bersama arwah suami, Dali Wassink di Bali buat sementara waktu.
Tak Kuat
Menurut Jennifer, dia berasa tidak kuat untuk tinggal di rumah yang penuh kenangan bersama arwah suaminya yang meninggal dunia pada 18 Julai akibat kemalangan jalan raya.
"Untuk sementara waktu, aku pindah rumah dari rumah yang aku tinggalin (tinggal) sama Papa Dali. Aku nggak (tidak) kuat. Setiap sudut ruangan rumah itu mengingatkan aku tentang Papa Dali,” katanya menerusi Broadcast Channel di IG.
Biarpun diselubungi perasaan serba salah, namun Jennifer terpaksa juga membuat keputusan itu kerana tidak dapat menahan rasa kesihatan yang berada dalam rumah tersebut.
"Aku sudah izin ke Papa Dali semoga dia mengerti. Aku merasa bersalah sangat sebenarnya, tapi aku benar-benar tak kuat," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut Roh Suami Tak Tenang, Jennifer Coppen ‘Lepaskan’ Abu Mayat Dali Wassink
Jennifer Coppen menegaskan keputusannya untuk pindah rumah bukan disebabkan ingin melupakan arwah suami sebaliknya hanya mengelakkan dirinya berterusan dalam kesedihan.
Pelakon bersiri Pretty Little Liars ini juga mahu mengutamakan kesihatan mental puterinya, Kamari yang selalu melihat dirinya dalam keadaan sedih.
"Ini bukan berarti aku lupain Papa Dali, cuma life must go on especially untuk Kamari, aku tak boleh berlarut sedih. Kamari lihat aku menangis saja langsung menangis," katanya lagi.