Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Mahu Tunjuk Kemewahan” - Tokti Mahu Luang Masa Bersama Keluarga Sebagai Hadiah ulang Tahun Ke-14

Azwa Rahman 07/08/2020 | 11:19 MYT
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil langkah untuk tidak mahu terlalu menunjuk kemewahan hadiah ulang tahun perkahwinannya yang bakal tiba.
Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga sebagai sambutan ulang tahun ke-14 perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Kalau dulu anda semua ternanti-nanti apakah hadiah yang Datuk K beri setiap kali sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan tetapi sekarang dengan pelbagai situasi, kita janganlah nak menunjuk sangat sebab ada orang yang lagi susah tengah mengharungi hidup,” ujar Tokti kepada Gempak.
Tokti ditemui ketika majlis pelancaran pusat kecantikan dan kesihatan Beauty & Co yang membuka cawangan terbarunya di The Gardens Mall, Kuala Lumpur sebenatar tadi.
Pada majlis itu, Tokti membuat dua persembahan istimewa disamping berkongsi pengalamannya menjalani beberapa rawatan kecantikan dan kesihatan di pusat tersebut.
Tambah Tokti, minat dia dan suami dalam sukan berbasikal membuatkan dia mahu melakukan aktiviti itu bersempena detik manis ke-14 mereka bersama.
“Saya dan suami merancang untuk mengadakan kayuhan ulang tahun perkahwinan ke Bukit Fraser dan di sana kita akan sambut bersama dengan kawan-kawan basikal,” katanya lagi.
#Siti Nurhaliza #Ulang Tahun Perkahwinan #Pasangan selebriti
;