Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Tak Panas, Ringan" - Behati Guna 30 Meter Kain Untuk Dres Metalik DSV, Bersiap Di Backstage Saja!

Amri Hassan 25/08/2023 | 02:50 MYT
Sebanyak 30 meter kain digunakan untuk menghasilkan busana dres metalik yang digayakan oleh pempengaruh dan usahawan popular Datuk Seri Vida sempena KL Fashion Week baru-baru ini.
Dres yang diilhamkan daripada rekaan tanjak tradisional yang diinovasikan kepada siluet moden itu kata DSV tidak panas dan ringan.
"Ini tanjak versi moden yang dinaiktaraf daripada tanjak tradisional. Boleh variasi tanjak daripada Behati. Tak panas, ringan dan air cooling. Demi satu fesyen dan sokongan kita pakai juga.
"Masa nak bersiap dalam 10 minit sahaja. Kita pun rushing dan mujurlah sempat bersiap pada waktu yang tepat. Kain yang diguna ini lebih kurang 30 meter," ujarnya kepada Gempak.
Dalam satu hantaran di Instagram milik pempengaruh Jiman Casablanca, DSV hanya disiapkan oleh pereka Behati, Kel Wen di belakang pentas sebelum pertunjukan fesyen jenama itu bermula.
"Kel Wen sedia untuk mempersialkan DSV. DSV memanggil nama Kel Wen beberapa kali seperti panggilan ibu kepada anaknya.
"Sesekali melihat Kel Wen sibuk, DSV duduk di kerusi kayu sambil menghantarkan audio pesanan suara dan menyanyi dalam aksen Kelantan.
"Apabila Kel Wen sudah bersedia dia ucapkan 'Terima kasih Datuk datang' dan dijawab 'tukar sini sajalah, senang'.
"Hubungan ini berlandaskan kepercayaan dan saya memerhatikan segalanya secara menyeluruh," tulis Jiman.
#Datuk Seri Vida #Fesyen #DSV #Behati #Kel Wen #KL Fashion Week #Tanjak
;