Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Tak Payah Nak Persoalkan Apa Aku Post, Tak Suka Jangan Follow"- Michael Ang Berang Ditegur Cara Kasar, Dilabel Tak Ada Otak?

ZULHILMI JALIL 26/01/2020 | 09:22 MYT
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila terdapat individu yang menegurnya secara kasar mengenai tindakannya berkongsi gambar yang menampakkan bahagian auratnya di Instagram.
Perkara itu dikongsikan Michael, 44, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Tak payah lah nak persoalkan apa aku post, tak suka jangan follow, jangan tengok dan jangan komen.
"Sebab kalau kau seorang Islam yang baik, kau tak akan buat atau tulis apa yang kau cakap! Ini kehidupan aku, keimanan aku, antara aku dan tuhan," tulisnya.
Terdahulu seorang individu dikatakan meninggalkan komen kasar yang menegur perbuatan Michael selain memintanya memadam gambar berkenaan.
"Lutut atau pusat aurat. Kalau ada otak, padamlah gambar ini," komen individu berkenaan.
Michael turut memuat naik paparan serangan berbalas komen antara dirinya dan individu tersebut.

Salam semua. Pagi2 kena hadap org Acah acah mcm lebih baik dari Allah! Lepas tu kantoi PENIPU besar! Cakap tak follow aku terscroll nampak posting aku. Beribu org tgk gambar tu tak seorang pun CAKAP APA 2 NEGATIVE pasal gambar tu. Ada pulak manusia PENIPU NI MUNCUL! Aku post ni Sebab ORG MCM NI LA BAGI ISLAM A BAD NAME! U THINK U ARE BETTER THEN ANY OTHER MUSLIM! Geramnya aku!!!!! Anyway luv u all n have a great Sunday!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Kata Michael lagi, dia bertindak berkongsi hal tersebut kerana tidak bersetuju dengan cara teguran yang diberikan.
"Pagi-pagi kena hadap orang yang acah-acah macam lebih baik dari Allah. Lepas tu kantoi penipu besar.
"Aku post ni sebab orang macam ni lah bagi Islam nama buruk. Kau fikir kau lebih bagus daripada muslim yang lain. Geramnya aku!," luahnya.
Gambar tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan perkongsian foto Michael yang kini sedang bercuti di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Salam semua. I am in heaven! Jgn judge ya. Be nice n luv u all. Just sharing bukan nak Riak.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Pada April tahun lalu, Michael membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak lebih setahun yang sudah.
BACA: Alhamdulillah! Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam!
#Michael Ang #Pengarah
;