Berita

"Tak Perlu Nak Putuskan Silaturahim Kerana Saya Berhutang" - Fauziah Ahmad Daud Profesional Dengan Khir Rahman

ZULHILMI JALIL
01/07/2020
02:52 MYT
Sponsor Banner
"Tak Perlu Nak Putuskan Silaturahim Kerana Saya Berhutang" - Fauziah Ahmad Daud Profesional Dengan Khir Rahman
Pelakon dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud menjelaskan bahawa hubungannya dengan pengarah Khir Rahman masih baik biarpun dirinya sebelum ini terpalit dengan isu tunggakan bayaran menerusi satu produksi teater yang diterbitkannya.
Menurut Fauziah atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy, hubungan silaturahim antara mereka masih kekal terjaga sebagai rakan dalam satu industri.
"Kami sangat profesional, tak perlu nak putuskan silaturahim kerana saya berhutang dengan beliau.
"Saya bukan manusia yang sebegitu ya. Kami berlakon bersama kerana sudah tertulis ini rezeki kami berdua. Apa yang saya lalui itu bahagian saya," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Ogy turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama-sama Khir ketika berada di satu set penggambaran.
Justeru menurut Ogy, dia meminta agar tiada pihak yang cuba mensensasikan isu hutang yang melibatkan antara mereka berdua sebelum ini.
"Saya bayar pun saya tak perlu nak maklumkan pada wartawan. Saya dan Khir corak pemikiran kami tak seperti 'mereka' yang harus berterusan nak berdendam, bermusuh.
"Kalau wartawan-wartawan online ataupun ada antara anda yang dok menghentam saya nak tolong bayarkan kan bagus," katanya.
Terdahulu, Ogy dilaporkan gagal melunaskan bayaran kepada tenaga produksi teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Februari lalu.
BACA: "Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei Tapi Dapat Surat Minta Tangguh Lagi" - Khir Rahman
Bagaimanapun, Ogy kemudian tampil menjelaskan bahawa dirinya sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan kesemua baki bayaran kepada kru produksi.
Saksikan drama lakonan Fauziah Ahmad Daud di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar