Laman Utama

“Tak Pernah Gagal, Saya Tak Hadir Sebab Tak Sihat” - Safiey Illias

Mya Amri
20/11/2021
08:32 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pernah Gagal, Saya Tak Hadir Sebab Tak Sihat” - Safiey Illias
Ahli perniagaan dan selebriti kontroversi Safiey Illias yang berdepan tindakan saman daripada seorang individu yang dikenalinya tidak hadir di Mahkamah TPPS Kuala Lumpur, Bangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara, kelmarin.
Ia selepas Safiey, 27, menerima surat tuntutan pada 21 Oktober lalu daripada Tribunal Pengurusan Strata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, dia mempunyai alasan kukuh kenapa tidak hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.
"Selama ini saya tidak pernah gagal untuk mengikuti sebarang proses perbicaraan di makhamah dan sentiasa memberi kerjasama yang baik. Kena duduk lokap lima hari pun saya ikut saja,".
"Saya tidak hadir sebab kurang sihat. Saya alami tekanan mental dan perlukan rehat. Saya juga mendapat cuti sakit daripada doktor psikiatri yang merawat saya sekaligus membolehkan saya untuk tidak ke mana-mana. Saya ada bukti dan boleh tunjuk sijil cuti sakit itu.
Menurut Safiey, dia terfikir untuk menjual rumahnya itu disebabkan apa yang berlaku.
"Susah sangat mungkin saya jual rumah ini dan berpindah ke tempat lain. Mungkin ramai yang tidak suka saya. Saya malas memperbesar isu ini dan risau perkara sama berulang," katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila mengakui bakal disaman lagi selepas beberapa siri tuntutan saman terhadap dirinya sebelum ini.
"Ya, betul saya sekali lagi akan disaman. Kali ini membabitkan kes tribunal pengurusan strata pula. Apabila mendapat surat tuntutan itu, saya tak terkejut dan sudah menjangka perkara ini.
"Buat masa sekarang, saya tak nak ulas panjang. Biarlah mahkamah akan tentukan nanti. Saya bersedia untuk berikan segala kerjasama. Jangan risau, saya takkan ke luar negara," katanya.
Sumber dan foto: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar