“Tak Pernah Minta, Terima Kasih Suamiku” - Sweet Sungguh! Neelofa Dapat Gelang Tangan Sepadan Cincin Kahwin Sempena Birthday
Pelakon dan pengacara, Neelofa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 tahun hari ini.
Namun apa yang menjadikannya lebih istimewa, tahun ini Neelofa mendapat hadiah daripada suami tersayang, Haris Ismail.
Hadiah penuh bermakna itu merupakan seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin perkahwinannya.
Neelofa yang terharu dengan hadiah yang diberikan telah menitipkan rasa terima kasih khas buat suami menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Neelofa, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.
“Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
“Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita, coretnya.
Terdahulu,Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.