Laman Utama

"Tak Pernah Orang Ajak Dating Pergi Masjid..."- Belum Sedia Pakai Tudung Selepas Kahwin, Julia Akui Che Hafiz Banyak Bimbing Dekati Islam

Syafiqah Jalal
18/01/2023
03:45 MYT
Sponsor Banner
"Tak Pernah Orang Ajak Dating Pergi Masjid..."- Belum Sedia Pakai Tudung Selepas Kahwin, Julia Akui Che Hafiz Banyak Bimbing Dekati Islam
Pelakon Julia Farhana Marin akui sedang meniti tangga bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu.
Kata Julia, 28, wanita kacukan Melayu-Itali, dia kini rasa seperti ada teman rapat yang sentiasa ada bersama.
"Alhamdulilah seronok kahwin. Saya happy sebab sekarang dah ada bestfriend yang boleh teman saya ke mana sahaja.
"Bangun pagi dia ada disisi dan balik kerja pun ada teman nak borak dan cerita. Dia seorang yang caring dan loving.
"Rasalah perbezaan itu sebab sebelum ni saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suami malah apa jua keputusan terutama dalam tawaran berlakon saya alan berbincang dengannya dahulu sebelum terima," katanya kepada Astro Gempak.
Julia ditemani suaminya yang hadir bersama di Pelancaran Lagu Tema Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang pada Selasa.
Berkongsi detik perkenalan dan percintaan mereka, Julia berkongsi dia mula tertarik kerana Che Hafiz banyak membimbingnya mendekati Islam lebih lagi.
"Saya berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung...belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna sebab saya minta masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarga dia.
"Jadi dia sangat memahami kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan dia tetap bimbing saya setiap hari.
"Kami dating pun mula-mula terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat jemaah.
"Yelah waktu tu terkejut tak pernah orang ajak dating pergi masjid. Ketika itu kami baru tiga minggu berkenalan," kongsinya.
Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar