BERITA
"Tak Pernah Terbayang Pun" - Aaron Aziz Tak Rasa Nak Ada Isteri 'Tambahan'
Pelakon Datuk Aaron Aziz tidak pernah terdetik untuk mempunyai keinginan memiliki isteri lebih daripada seorang.
Bahkan, bagi Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 44, cukuplah dia kini dikurniakan seorang isteri sahaja dalam hidupnya.
"Tak pernah terbayang pun. Saya sendiri tak boleh bayang macam mana orang boleh urus isteri kalau ramai.
"Yang ada seorang isteri ini pun dah 'sibuk'. Tak pernah terfikir ke situ sekali, tak pernah terfikir apalah rasanya ada isteri lebih, bahkan tak terfikir boleh ke (ada isteri lebih)," katanya kepada Gempak.
Begitupun, kata Aaron, dia akan muncul dengan telefilem berjudul 6 Hari yang menampilkan dirinya sebagai seorang suami yang mempunyai tiga orang isteri.
"Dalam cerita itu, saya memegang watak Ismal yang mana isteri ketiga saya dilakonkan oleh Lisa Surihani.
"Kisahnya apabila isteri ketiga itu tidaklah sebaik seperti yang disangkakan pada mulanya kerana ada kisah lampaunya," katanya.
Telefilem 6 Hari yang diarahkan oleh Yusry itu turut menampilkan pelakon dan pengacara Neelofa.
Naskhah tersebut bakal ditayangkan serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria esok pada pukul 9 malam.
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
Dalam pada itu, saksikan drama lakonan Aaron Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


Must-Watch Video