Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!

Fiza Kamarudin 11/10/2020 | 09:24 MYT

Penyanyi Langit Ketujuh Sharifah Zarina dan anaknya Athalia Deena Buswani, sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila video mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran tular di laman sosial Twitter.

Menerusi video yang dimuat di Intagaram dan Tik Tok tersebut, Sharifah Zarina dan Athalia mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya tersebut terhadap mereka.
Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.
Bagaimanapun sebaik sahaja mereka duduk, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.
“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!
“Tadi aku kat depan tu que apasal kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina yang terpaksa mencari lokasi lain untuk meraikan majlis hari lahir anak sulungnya itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Athalia menerusi sebuah video, mendakwa dirinya dimalukan di restoran terbabit.
“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event.
“Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya bengang.

Athalia dan Zarina juga mendakwa pemilik restoran memohon maaf diruangan komen IG serta menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.

Video tersebut telah ditonton lebih 450 ribu kali di Twitter dan diulang kicau hampir 5,000 pengguna laman sosial tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, warga Twitter mula mengecam tindakan Zarina dan Athalia dan mendakwa pemilik restoran sudah membuat pemberitahuan menerusi laman sosial mereka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu Zarina dan Athalia menjadi tular selepas anak sulungnya itu dituduh mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.

#Viral #Anak #Sharifah Zarina #Viral
;