Laman Utama
Tak Puas Hati Hasil Siasatan Kematian, 2,000 Peminat Tangmo Nida Buat Demonstrasi
Sekumpulan lebih 2,000 peminat mendiang aktres Tangmo Nida dilaporkan membuat demonstrasi sebagai tanda protes terhadap hasil siasatan kematian bintang pujaan mereka itu.
Para peminat yang memulakan gerakan protes tersebut pada Jumaat, dikatakan telah melakukan demonstrasi di hadapan Balai Polis Thailand pada Sabtu.
Bangkok Post melaporkan aksi protes tersebut dilakukan sebagai bantahan sekaligus menuntut keadilan terhadap keputusan dan hasil siasatan kematian Tangmo yang disifatkan sebagai tidak telus.
Dalam demonstrasi tersebut, para peminat Tangmo diminta memakai pakaian hitam dan putih.
Terdahulu, polis mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyiasatan kematian Tangmo yang jatuh dari bot laju pada 24 Februari lalu di Sungai Chao Pharaya tidak mempunyai unsur jenayah dan hanya sebuah kemalangan.
Pihak foreksik dan doktor kemudian menerusi keputusan autopsi mendakwa tiada sebarang kecederaan berat pada bahagian kepala akibat objek tumpul atau kehilangan gigi. Sebaliknya, hanya terdapat kesan calar dan luka besar pada bahagian peha aktres tersebut.
Mendengarkan keputusan keputusan tersebut, para peminat berada terhadap ketidaktelusan dalam penyiasatan yang dilakukan terhadap Tangmo.
Mereka percaya kematian idola mereka tersebut ada kaitan dengan jenayah.
Jasad Tangmo saat ini berada di Gereja Liberty Bangkok dan boleh dikunjungi keluarga, sahabat serta masyarakat sejak 11 Mac sebelum dibakar pada 14 Mac ini.
Walaupun pendaftaran untuk pemakaman Tangmo selama tiga hari sudah penuh, upacara peringatan tersebut disiarkan melalui akaun Facebook Church of Joy dan saluran YouTube CJConnect.