Laman Utama
"Tak Puas Hati, Sungguh Pun Saya Janda..." - Rumah Diserbu Tengah Malam, Kononnya Asyik Berkhalwat? Alahai Jiran!
Kecoh di platform TikTok apabila seorang wanita yang juga janda mendakwa rumahnya diserbu pihak berkuasa ketika waktu tengah malam.
Difahamkam, kedatangan pihak berkuasa itu selepas menerima aduan daripada 'jiran' yang mendakwa wanita tersebut sedang berkhalwat.
Menerusi video yang tular, wanita tersebut memuat naik situasi rumahnya dimasuki oleh beberapa pegawai bertugas.
"Eh awak buat apa, saya tak puas hati , saya cakap saya tak puas hati.
"Sungguhpun saya janda, awak tak boleh buat macam ni," kata wanita tersebut dalam nada kecewa.
Menerusi kapsyen posting berkenaan, wanita itu memberitahu kesemua pegawai itu 'muncul' di rumahnya sekitar jam 12.30 malam.
"Jabatan Agama Islam datang serbu rumah saya, apa perasaan korang jika diserbu dan dituduh buat benda yang korang tak pernah buat," katanya.
Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen turut 'naik hantu' sebaik mengetahui rumah wanita itu diserbu ketika tengah malam.
Ada yang meminta supaya mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut kerana menyerbu rumah tanpa waran, namun tidak kurang juga menyarankan supaya menfailkan saman.
"Tanpa waran tak boleh masuk rumah, boleh charge menceroboh".
"Saman balik jabatan nanti boleh tahu siapa pengadunya".
"Saman malu dan saman fitnah je, kurang ajar buat macam tu," tulis beberapa netizen.
undefined