Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Tak Puas Tengok Paskal, Ada Dekat Polis Evo 2” – Peminat Rindu Hairul Azreen

Mya Amri 21/11/2018 | 06:39 MYT
Selepas filem PASKAL, peminat Hairul Azreen mengubati kerinduan terhadap aktor berkenaan dengan menonton sekuel Polis Evo 2 (PE2) yang telah ditayangkan di pawagam bermula semalam.
Impak daripada PE2, instagram (IG) Hairul Azreen kini dibanjiri dengan komen-komen positif oleh peminat.
Walaupun sedikit berlainan dengan watak Leftenan Arman dalam filem PASKAL, namun lakonan Hairul yang memegang karakter Zul menerusi PE2 itu ternyata meninggalkan kesan di hati peminatnya.
“Polis Evo 2 memang sangat berbaloi untuk ditonton. Dari awal dah ada plot twist. Lepas itu ada juga babak lawak yang tidak dijangka ketika saat genting dan satu panggung ketawa.
“Masih tak boleh move on dengan itu dan juga babak paling diingati untuk saya adalah babak terakhir Hairul Azreen, haish,”
Hairul juga berkongsi maklum balas peminat mengenai PE2 menerusi Insta Story miliknya.
Antaranya:
“Tak puas tengok dekat PASKAL, nasib dekat Polis Evo 2 ada”, komen @nursyadiyahh
“Polis Evo 2, serius keluar panggung rasa penat. Paling satu panggung macam ‘aaaaaaa’ bila babak terakhir Hairul Azreen tu. Like seriouslyyyyy (nak tahu apa jadi sila tengok).
“Apa-apa pun Inspektor Sani dan Inspektor Khai tetap terbaik. Kita buat apa yang orang lain tak mampu buat. Korang semua patut pergi tengok,” tulis peminat lain.
Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Foto: Instagarm @hairulazreen
#Hairul Azreen #Polis Evo 2 #PE2
;