Laman Utama

Tak Putus Asa Pujuk Diana Lagi! Farid Kamil Tawarkan Pendamaian Harta & Wang Tunai Bernilai RM319,700

Syafiqah Jalal
11/04/2023
05:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Putus Asa Pujuk Diana Lagi! Farid Kamil Tawarkan Pendamaian Harta & Wang Tunai Bernilai RM319,700
Aktor Farid Kamil tampil dengan tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Daniell sebagai salah satu usaha menyelamatkan keluarganya.
Tawaran berjumlah RM319,700 itu merangkumi beberapa aset termasuk kereta mewah, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah.
"Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran pendamaian sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi
"Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.00 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami," katanya kepada Gempak.
Farid ditemui selepas proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.
Tawaran itu berupa sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000.00; Barangan kemas bernilai RM10,700.00; Wang pendahuluan nafkah (Mac – Jun 2023) bernilai RM40,000.00; Bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.00.
Terdahulu, Gempak melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.
Katanya, Diana juga membuat permohonan hadanah itu pada 23 Mac lalu.
Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar