Hiburan

Tak Rehat Punca Lia Natalia 'Tumbang'

Zulaikha Yusof
01/09/2020
00:05 MYT
Sponsor Banner
Tak Rehat Punca Lia Natalia 'Tumbang'
Pelakon Lia Natalia, 28, mendedahkan dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara (KPJ) pada 29 Ogos lalu.
Ketika dihubungi Gempak, Lia memberitahu dia telah mengalami demam panas serta tekanan darah dan gula berada di tahap rendah daripada normal.
"Saya mengalami demam dan migrain. Kemudian apabila periksa tekanan darah, ia berada di tahap rendah sama juga gula," katanya.
Tambah Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa itu akui antara faktor dirinya jatuh sakit disebabkan tidak mendapat rehat yang secukupnya.
"Mungkin sebab saya tak rehat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Saya sibuk dengan penggambaran sampai la sekarang. Dan akhirnya saya 'tumbang'," katanya lagi.
Walaubagaimanapun, pemilik nama Alia Afiqah Abden menyatakan keadaan dirinya kini sudah makin pulih.
"Alhamdulillah hari ini (Isnin) makin baik berbanding semalam (Ahad). Terima kasih sangat yang tak putus mendoakan untuk saya. Jangan risau okey," katanya menerusi Instagram Stories.
Sebelum ini, Lia ada memuat naik foto terbaring di katil berserta dengan kapsyen memohon maaf kerana terpaksa menangguh beberapa tugasan kerja.
"Tewas juga akhirnya. Saya minta maaf majlis yang saya sepatutnya hadir tak dapat pergi dan review yang saya kena buat.
"Saya dah sihat saya akan buat semuanya dan balas," tulisnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar