Laman Utama
Tak Rela Dimadukan, Wanita Kelar Anu Suami
Nekad tidak rela dimadukan, seorang wanita mencederakan alat sulit suaminya dalam satu kejadian di Kampung pasir Limus, Bekasi, Indonesia, baru-baru ini.
Suspek yang dikenali sebagai YN, 42, dilaporkan mengelar kemaluan suaminya menggunakan pisau selepas mendapat tahu lelaki itu mahu berkahwin lagi.
Jurucakap polis, Mustakim berkata, polis mengesahkan kejadian itu dan motif utama pelaku adalah kerana berasa cemburu serta marah selepas suaminya berhajat berkahwin lagi seorang.
Menurut Mustakim, ketika kejadian, mangsa sedang tidur di rumahnya sebelum berasa seluarnya dibuka dan terjaga.
“Ketika itu, mangsa melihat isterinya memegang pisau dan tanpa teragak-agak, wanita itu terus mengelar kemaluan suaminya.
“Mangsa turut mengalami luka kelaran di bahagian paha dan betis ketika cuba menghalang isterinya,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.
Selepas kejadian itu, suspek lari meninggalkan mangsa yang berlumuran darah.
Mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tidak lama kemudian, suspek menyerahkan diri di balai polis dan mengakui semua perbuatannya.
Polis turut merampas pisau yang digunakan suspek untuk mencederakan suaminya.
Sumber: Kompas.com, Utusan Malaysia