Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Sabar Nak Shooping Baju Baby!” - Rezeki Ainan Tasneem, Dapat Sepasang Kembar

Mya Amri 27/08/2020 | 05:34 MYT
Penyanyi Ainan Tasneem mendedahkan jantina anak kembarnya.
Ainan mendedahkan jantinan anak kembarnya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram.
Menurut Ainan, dia berasa bersyukur kerana diberikan rezeki untuk menimang sepasang cahaya mata.
“Semalam buat detail scan sebab nak tahu sangat keadaan & jantina baby twins ni.
“Alhamdulillah Allah rezekikan Ainan dan Ariff untuk dapat sepasang kali ni. InshaaAllah baby boy & girl.
“Kami semua gembira dengan berita ni. Salsabiela pun teruja sangat nak dapat dua adik hehe.
“Yang girl boleh la teman Salsabiela main masak-masak. Yang boy pula boleh teman abuya pegi solat jemaah dan main futsal okay. Hihi. Tak sabarnya nak start shopping baju2 baby!” kongsinya.
Dalam pada itu, Ainan juga memaklumkan kondisi anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
“Berdasarkan keputusan scan, doc cakap inshaaAllah keadaan bayi semua sihat. Cukup sifat dan organ dalaman pun semuanya berfungsi dengan baik. Semoga Allah jaga & lindungi bayi-bayi ni. Aamiin.
“Terima kasih kpada semua followers yang tak jemu-jemu doakan kesihatan Ainan. Doakan juga semoga baby lahir cukup umur dan smooth delivery inshaaAllah,” tulisnya.

Semalam buat detail scan sebab nak tahu sangat condition & jantina baby twins ni. Alhamdulillah Allah rezekikan Ainan dan Ariff untuk dapat sepasang kali ni. InshaaAllah baby boy & girl ????. Kami semua happy dengan berita ni ? Salsabiela pun excited sangat nak dapat 2 adik hehe. Yg girl boleh la teman Salsabiela main masak2. Yg boy pula boleh teman abuya pegi solat jemaah and main futsal okay. Hihi. Tak sabarnya nak start shopping baju2 baby! Based on result detail scan, doc cakap inshaaAllah keadaan bayi semua sihat. Cukup sifat & organ dalaman pun semuanya berfungsi dengan baik. Semoga Allah jaga & lindungi bayi2 ni. Aamiin. Terima kasih kpada semua followers yg tak jemu2 doakan kesihatan Ainan. Doakan juga semoga baby lahir cukup umur dan smooth delivery inshaaAllah. Ainan juga doakan pada semua yg masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi. Aamiin Ya Rabb ? . Btw untuk info, mommies boleh start buat detail scan baby bila usia kandungan dah mencecah 20 minggu ya. Paling lambat 26 minggu, sebab bila kandungan dah besar dah susah nak cek nanti. Ianya sangat2 digalakkan supaya kita dapat tahu condition bayi dalam kandungan. At least kalau ada apa2 yg berlaku pada bayi kita dah boleh prepare mental & fizikal di saat bayi lahir nanti. . #dcdatwins #kembartakseiras

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on

Terdahulu, bintang Youtube ini telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
#Ainan Tasneem #Kembar
;