Laman Utama
“Tak Sampai Hati Nak Hampakan…”- Ibu Neelofa Tunaikan Impian Ibu Hamil Mengidam Air Tangannya
Ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tersentuh hati apabila mendapat kiriman emel dari seorang ibu hamil yang mengidam untuk merasa masakan air tangannya.
Tidak sampai hati untuk mengecewakan ibu yang hamil tiga bulan itu, Noor Kartini telah menunaikan Hasrat wanita itu dengan terus memasakannya istimewa buatnya.
“Harini aunty (Noor Kartini) sangat tersentuh hati mendapat kiriman emel daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.
“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung,” katanya.
Kartini berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, usahawan itu turut berkongsi rakaman video ketika menelefon ibu hamil itu dengan memberitahu dia akan menunaikan hasratnya.
Kartini turut menunjukkan proses dari mula dia memasak sehingga menghantarkannya sendiri ke rumah wanita itu.
“Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina (ibu hamil berkenaan).
“Semoga ia dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina,” kongsinya.