Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

Asyikin Mayudin 28/08/2024 | 02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).

Berpisah sebab balik Singapura

Menerusi perkongsian di Instagram, Tom berkata Fuad sebelum ini adalah teman lelakinya namun berpisah kerana lelaki itu mahu pulang ke Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

Bagaimanapun, Tom memberitahu diia tidak sangka sejak detik itu, Fuad terus menghilangkan diri tanpa mengucapkan selamat tinggal.

“Gambar ini ditangkap masa sidang media GV. Memang tak sangka terjumpa boyfriend lama. Last jumpa masa kami dating makan-makan dekat Danga Bay.

“Malam itu Fuad kerja dekat handle bar. Tom kerja dekat aras empat, tempat kerja Fuad Rahman. Fuad cakap yang dia nak balik Singapura untuk cop passport. Esok dia akan balik dan jumpa Tom.

“Tak sangka itu yang terakhir. Fuad hilang terus tak sempat ucap selamat tinggal masa itu. Penuh soalan yang tak terjawab. Terpisah di balik tembok batu. Dia di seberang, Tom dekat sini,” kongsinya.

Jumpa selepas 12 tahun

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Tom memberitahu dia tidak menyangka mereka akan bertemu semula selepas 12 tahun berlalu.

“Terjumpa di sidang media GV. Takdir memang takdir. Semua soalan yang tergantung semua terjawab, tapi selepas 12 tahun,” kata Tom lagi.

Berkahwin selepas lima bulan itu, Tom berharap dia dapat hidup bersama-sama Fuad sehingga mereka tua.

“Lima bulan lepas tu jadi suami kita. Tak mahu abang hilang-hilang lagi. Tom nak tua sama-sama dengan abang Fuad,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.

Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.

#Gegar Vaganza #GV #GV9 #Tom #Fuad Rahman #Tom Fuad
;