Gaya Hidup
“Tak Sangka Kluster Kayangan Mix Beruk” - Rosakkan Bilik Hotel Kuarantin, Lelaki Ini Dipercayai Ada Masalah Mental
Seorang penghuni bilik kuarantin COVID-19 di sebuah hotel di Kuching menaikkan kemarahan rakyat Malaysia apabila didakwa merosakkan peralatan bilik.
Tambah parah apabila individu tersebut dilaporkan membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel tersebut sehingga mencetuskan kekecohan.
Memetik laporan Berita Harian, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 pagi dan sekaligus menyebabkan kebakaran kecil namun berjaya dikawal oleh kakitangan hotel.
Individu lelaki berusia 23 tahun itu menjalani kuarantin di hotel berkenaan sejak 2 Mei lalu kerana baru balik dari luar Sarawak.
"Lelaki itu sudah ditahan dan sudah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Sementara itu, Pejabat Timbalan Ketua Menteri turut memaklumkan lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.
Gambar keadaan bilik yang bersepah dan kerosakan peralatan hotel itu tular sejak semalam telah mencetuskan kemarahan wargamaya.
Hasil tinjauan Gempak di Facebook, rata-rata kesal dengan perbuatan lelaki itu yang tidak bersyukur dikuarantin di bilik hotel yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Tak sangka kluster kayangan ni campuran beruk, patut orang macam ni diletakkan dalam penjara je. Sikap dan adab melambangkan bangsa,” tegur seorang wargamaya.
“Lihatlah perbezaan antara jemaah Tabligh dan anak anak tahfiz yang sangat dihargai kerana akhlak mulia berbanding dengan "manusia" yang menjahanamkan bilik kuarantin,” komen seorang wargamaya.
“Ini ke yg dikatakan kayangan. KKM semestinya tahu kluster mana yang menduduki tempat tersebut. Minta ganti rugi, jangan sampai duit kami digunakan untuk semua yang dilakukan oleh manusia takde otak ini,” kata seorang wargamaya.
“Bukannya nak berterima kasih dibantu bawa balik ke negeri sendiri. Tak silap Sarawak ni sebab nampak bangunan dewan undangan negeri di luar tingkap tu. Kalau tak nak dikuarantin boleh aje. Tapi akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain bila dah sakit. Tak bersyukur,” marah seorang wargamaya lagi.