Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tak Sangka Masih Kekal Selepas 11 Tahun, Nichkhun 2PM Ucap Terima Kasih Pada Peminat

Mya Amri 04/09/2019 | 14:51 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal 2PM, Nichkhun memberikan ucapan menyentuh hati kepada peminat sempena ulang tahun ke-11 kumpulan tersebut.
Nichkhun menulis coretan tersebut menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya baru-baru ini.
“Selama 11 tahun lebih bersama mereka adalah menjadi sebahagian terbaik dalam hidup saya. Ia adalah keajaiban yang luar biasa untuk mencaro kawan sejati seperti mana mereka ini yang telah dianggap sebagai keluarga.
“Saya amat menyayangi mereka. Ini merupakan foto lama bersama mereka dan seperti yang anda tahu ramai diantara kami sedang menjalankan latihan khidmat tentera.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga HOTTEST (nama fandom) kerana sentiasa menyokong dan bersabar melalui detik pahit manis bersama… Hanya kita sahaja yang tahu.
“Apa pun terima kasih! Terima kasih kepada anggota 2PM kerana menjadi yang terbaik dan HOTTEST yang penyayang.
“Tidak dinafikan agar sukar di luar sana tetapi saya merasakan apabila kita bersama tidak ada yang dapat memecahkan kita.
“11 tahun adalah masa yang sangat panjang tetapi tidak dirasai selagi kami mampu untuk membuatkan HOTTEST bangga,” tulisnya.

11 and plus years with these guys have been the best part of my life. It is an incredible fortune to find true friends like these guys who have become my family. I love every and each one of them. This is an old photo as you know a lot of us are serving their duties. I just want to thank my brothers and HOTTESTs for sticking around and being truly amazingly patient through all the ups and downs.. the ones only we know.. but anyway THANK YOU! Thank you the 2PM members for being so great and HOTTEST for being so lovely! It is a tough world out there but I feel like if we all just stick together then nothing can break us. 11 years is a long time but not nearly as long as how far we will go to make our HOTTEST proud. . . Sincerely Me = ]

A post shared by Nichkhun Horvejkul/นิชคุณ/닉쿤 (@khunsta0624) on

Terdahulu, 2PM yang dianggotai oleh Jun. K, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho dan Chansung ini ditubuhkan pada awal 2010.
Walaupun selepas 11 tahun, 2PM masih lagi bertahan dan aktif dalam bidang nyanyian serta lakonan.
#Artis Korea #2PM #Nichkhun
;