Laman Utama

Tak Sangka, Rupanya Will Smith Pernah Berhasrat Untuk Bunuh Diri

Izwan Isa
31/10/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Sangka, Rupanya Will Smith Pernah Berhasrat Untuk Bunuh Diri
Imej dan bentuk tubuh merupakan aset bagi semua orang, lebih-lebih lagi jika individu tersebut merupakan seorang selebriti.
Selain keterampilan, figura popular memerlukan aset berkenaan untuk mencari rezeki - sama ada menyanyi, berlakon atau mengacara. Dalam industri hiburan, bentuk tubuh adalah segalanya.
Namun, sebagai manusia biasa, mana mungkin kita boleh sentiasa fokus menjaga pemakanan semata-mata untuk kelihatan menarik di hadapan kamera. Kadang-kala, selebriti juga ada hari cuti mereka.
Mungkin hal ini yang dialami oleh pelakon berbakat besar, Will Smith. Sejak bermulanya pandemik COVID-19, Will akui berat badannya juga meningkat.
Tiada lagi tubuh yang sasa, Will pernah memuat naik gambarnya tanpa baju yang memperlihatkan perutnya yang boroi.
Ketika itu, Will, 53, berazam untuk menurunkan berat badan dan mendokumenkan perjalanannya untuk kembali kurus bagi tayangan peminat di Youtube.
Rupanya, tidak semua yang berlaku sepanjang proses rakaman dokumentari berkenaan indah-indah belaka. Menerusi sedutan Will Smith: The Best Shape Of My Life, pelakon filem Aladdin itu mengakui pernah mempunyai hasrat untuk membunuh diri.
“Apabila saya memulakan penggambaran siri ini, saya fikir yang saya akan kembali mendapatkan bentuk tubuh yang terbaik, tetapi mental saya berada di tempat lain.
“Akhirnya, saya jumpa hal-hal yang selama ini tersembunyi dalam diri saya. Ketika itu, sepanjang hayat saya ini, saya terfikir untuk membunuh diri,” katanya.
Sungguhpun begitu, tidak dinyatakan bilakah pelakon tersebut terdetik untuk membunuh diri.
Dokumentari tersebut dijadualkan menemui peminat pada 8 November menerusi Youtube Originals.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar