Laman Utama
“Tak Sedap Jangan Dengarlah” - Tuduh Jennie Blackpink Tak Boleh Menyanyi, Individu Ini Dikecam
Penyanyi terkenal Korea Selatan, Jennie (Blackpink) menjadi bualan hangat netizen Malaysia di Platform X selepas dia dikatakan tidak mempunyai bakat nyanyian.
Menerusi satu hantaran di aplikasi tersebut, seorang individu mengkritik vokal Jennie sambil menyertakan beberapa klip video pendek penyanyi popular itu membuat persembahan secara siaran langsung.
Hantaran itu disambut positif peminat-peminat Blackpink (Blinks) di Malaysia di mana rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh individu berkenaan.
BERITA TRENDING: Cinta V BTS, Jennie Blackpink Terlerai
“Suara Jennie ni gila tak sedap,” tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Aku Blink juga, tapi sejujurnya kalau nak layan vokal, Blackpink bukan yang paling baik. Nak layan untuk hype dan vibe, mereka ada,”
“Bukan Jennie je tapi satu group. Rosé tu ok sikit.”
Dalam pada itu, ada juga yang tidak bersetuju dan mempertahankan Jennie dengan menyatakan bahawa dia lebih berbakat dalam rap berbanding menyanyi.
“Jennie tu kan rapper, dia memang dilatih sebagai rapper,”
“Tak sedap jangan dengarlah, kau nak komen pendidikan dalam nyanyian pun takde."
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 2,000 tanda suka dan 600,000 tontonan di Platform X.
Sumber: Platform X