Laman Utama

Tak Selalu Keluar Dating, Johan As'ari Sedia Kahwini Kekasih

Amri Hassan
05/05/2022
11:40 MYT
Sponsor Banner
Tak Selalu Keluar Dating, Johan As'ari Sedia Kahwini Kekasih
Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan jarak jauh bersama kekasih yang menetap di Perlis, pelakon Johan As'ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga,
Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 35, bagaimanapun enggan terlalu berkongsi mengenai perkara itu kerana bimbang ia tidak terjadi seperti sebelum ini.
"Saya memang ada perancangan untuk berkahwin... Insya-Allah, doakan untuk saya, betul-betul nak kahwin. Calonnya dah ada, Insya-Allah. Masih lagi orang yang sama.
"Cuma, dia jauh di Perlis dan kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Sebenarnya, saya nak bercerita lebih mengenai kahwin ini, takut juga tak menjadi.
"Sebab sebelum ini, saya pernah nak cakap nak kahwin tapi asyik tak jadi... tu yang saya jadi segan. Lebih baik saya kata doakan saya moga-moga inilah jodoh saya," katanya.
Sebelum ini, Johan pernah mengakui dia sudah mempunyai calon isteri yang direstui keluarga dan bersedia untuk melamar kekasihnya yang juga seorang ahli perniagaan.
Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Johan bagaimanapun memberitahu kekasihnya itu seorang wanita yang memahami dan berdikari.
"Kami tidak mesra sebagai teman, tak macam orang bercinta tapi kami tahu yang kami dah matang untuk buat keputusan kalau jodoh itu sampai, kita kahwin.
"Macam itulah hubungan kami... kami pun tidak selalu 'dating'. Dia pun ada kata dengan saya kalau ada kenal dengan orang lain dan rasa itu jodoh saya, kahwinlah dengan orang itu.
"Alhamdulillah, dia ada sikap terbuka macam ini. Saya pun mendoakan kalau dia dekat sana jumpa seseorang memang jodoh dia, beritahu saja. Saya doa dan reda saja," ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar