Hiburan
Tak Selesa Dibandingkan, Mas Idayu Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri - “Tak Mahu Jadi Orang Lain”
Penyanyi, Mas Idayu akui tidak selesa jika ada pihak yang membandingkan dirinya dengan barisan juri daripada program realiti nyanyian lain.
BERITA BERKAITAN: Anggap Joey Daud Berbakat Besar, Mas Idayu Hanya Beri Komen Sebagai Juri Yang Melihat Persembahan - “Kalau Terasa Saya Tak Boleh Buat Apa”
BERITA BERKAITAN: Juruterbang MAS Tunjuk ‘Skill’, Dapat Perhatian Dunia
Menurut pelantun lagu 'Selangit' itu, dia hanya mahu menjadi diri sendiri dalam menjurikan mana-mana program hiburan.
" Saya cuma mahu jadi diri sendiri dan tak mahu jadi orang lain.
“Saya pun tak pernah komen rakan-rakan artis lain ketika menjadi juri dalam mana-mana pertandingan. Sekali pun saya tidak pernah kacau orang.
‘’Tetapi kenapa bila ‘turn’ saya ada sahaja yang tidak kena.Bukan saya suka-suka komen mahu jatuhkan sesiapa tetapi saya faham dalam dunia ini, bukan kita hidup seorang.
“Ada ramai di sekeliling kita, jadi, saya memang perlu tempuh kalau ada yang tidak senang dengan cara saya," jelasnya.
Mas Idayu berkata demikian ketikan ditemui media semasa sidang media di pelancaran single terbaharunya berjudul Harum Mekar Di Hati, di Red Box Box Karaoke The Curve pada Khamis.
Dalam pada itu, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun,52, juga berkata dia enggan melayan permintaan sesetengah pihak yang mahukannya menyertai pertandingan bagi membuktikan bakat nyanyiannya.
Baginya, dia tidak perlu melayan permintaan yang tidak masuk akal bagi menjaga maruahnya sendiri.
"Tak perlulah.
“Saya sudah tidak layak nak masuk pertandingan lagipun untuk apa saya menjatuhkan diri atau maruah sendiri dengan melayan permintaan tak masuk akal," katanya.
“Saya sudah tidak layak nak masuk pertandingan lagipun untuk apa saya menjatuhkan diri atau maruah sendiri