Hiburan
Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Abby’ Atau ‘Anak Norman’, Danish Hakim Tampil Mohon Maaf - “Sebenarnya Saya Hanya Update Spontan"
Anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim tampil membuat permohonan maaf disebabkan menyatakan ketidakpuasan hati apabila ada individu yang memanggilnya dengan panggilan ‘anak Abby Abadi’ dan ‘anak Norman Hakim’
Menurut anak sulung kepada kedua pelakon itu, hantaran yang dibuatnya itu dilakukan secara spontan.
“Sebelum saya mulakan, saya nak minta maaf terlebih dahulu dengan kenyataan yang telah menimbulkan salah faham dikalangan orang ramai.
“Sebenarnya saya hanya update secara spontan, sebab sebelum ini bila saya keluar memang orang akan tegur anak Norman Hakim, anak Abby Abadi, ada juga yang pernah salah panggil nama saya, Danial Hakim walaupun nama saya Danish Hakim,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang Tak Kenal Siapa Danish Hakim, Netizen Minta Jangan Bitter - “Sebab Yang Popular Your Parent Not You,”
Pada masa sama, Danish juga mengucapkan terima kasih kepada Norman dan Abby kerana telah membesarkannya dengan baik sekali dan dia berharap akan menjadi insan yang berjaya seperti mereka.
Saya menghormati kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan saya dengan baik sekali, mereka adalah role model yang membimbing saya untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.
Tanpa mereka tiadalah saya. Mama, Papa satu hari nanti abang pun nak berjaya macam korang, terima kasih untuk masa anda dan saya minta maaf jika ada yang terasa dengan posting saya.
Terdahulu, Danish menyatakan rasa tidak selesa apabila ada orang memanggilnya dengan panggilan ‘anak Abby’ dan ‘anak Norman’.
Susulan hantaran tersebut, netizen menyatakan orang ramai memanggilnya begitu kerana dia tidak dikenali seperti ibu bapanya.