Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tak Semestinya Ayah Ustaz, Anak Confirm Tak Buat Dosa” - Caprice Tak Faham Netizen Kecam Ridhuan Tee

Mya Amri 28/05/2022 | 02:10 MYT
Penyanyi rap, Caprice tampil memberikan pendapatnya berhubung kontroversi melibatkan anak pendakwah selebriti, Ridhuan Tee iaitu Syafi Tee.

Menurut Caprice, tidak bersetuju dengan netizen yang memberikan kecaman terhadap Ridhuan hanya kerana kesalahan anaknya.

Kata Caprice, netizen tidak sepatutnya menghakimi seseorang individu disebabkan kesilapan yang dilakukan orang lain.

“Cap tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita ustaz, anak kita confirm tak akan buat dosa.

“Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm tak akan buat jahat,” katanya menerusi video pendek yang dikongsi di Instagram miliknya.

Tambah Caprice lagi, dia percaya setiap ibu bapa pasti sudah cuba memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

My point, tak ada siapa dekat muka bumi ini sempurna dan say yakin ibu bapa sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibu bapa dan belajar daripada kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap.

“Asalkan kita belajar daripada kesilapan, ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan,” ujarnya.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sehingga kini Syafi Tee masih tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan dengan kontroversi itu.

Bagaimanapun bapanya, Ridhuan Tee memberikan respon mengenai isu tersebut dan mengakui dirinya tidak sempurna dalam mendidik anak-anak.

Ridhuan juga menganggap kejadian itu sebagai dugaan buat dirinya dan berharap dapat menjadi pengajaran untuk semua pihak.

#Kontroversi #Caprice #Ridhuan Tee #Syafi Tee
;