Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Tak Semestinya Kahwin Baru Tak Sayang Pada Yang Lama" - Anak Siti Sarah Mahu Ibu Baru, Bakal Mak Mertua Siap Tetapkan Syarat!

Asraf Aided 31/12/2021 | 06:30 MYT

Perkongsian sebuah video di akaun Instagram penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah mencuri tumpuan ramai.

Video tersebut merakam momen ibu Shuib, Salamiah Jalani yang bercakap tentang syarat-syarat jika seorang wanita mahu mengahwini anaknya itu.
"Tengok ni ha Talita ni, suruh Daddy kahwin, nak mak tiri ke? Berani ke?" tanya Salamiah kepada anak perempuan Allahyarhamah itu.
"Berani lah," jawab Talita tersenyum.
Salamiah kemudiannya mengemukakan syarat dengan wajah yang tenang.
"Kalau nak kahwin dengan Daddy, pertama dia mesti kena pandai masak sebab Daddy kuat makan. Macam ibu kena masak pukul 2-3 pagi, sanggup ke siapa nak kahwin dengan Daddy tu?
"Mama ni taklah teruk sangat nak hadap, nak jaga hati suami kena jaga perut dia, itu jelah kot, lebih-lebih pulak mak mertua.
"Ni nak mak tiri sangat ni, nak ke jadi Bawang Putih Bawang Merah?" selorohnya lagi kepada Talita.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon berbeza. Ramai juga yang mengharapkan Shuib mendapat wanita baik jika berjodoh lagi.
"Tak semestinya kahwin baru tanda tak sayang pada yang lama, untuk teruskan kehidupan jaga anak-anak, kena ada 'ibu' juga di sisi," tulis netizen.
"Andai Shuib jumpa jodoh yang baru, moga dia dapat jodoh yang sebaik arwah," tulis seorang lagi pengguna Instagram.
"Kalau Mama nak dapatkan salah satu menantu, kena lah jaga anak-anak Abang Shuib tu dulu," tulis yang lain.
Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.
Allahyarhamah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.
BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia
BACA: Pemergian Siti Sarah Dapat Perhatian Media Hollywood

#Anak #Siti Sarah #Shuib #Siti Sarah Meninggal Dunia
;