Hiburan

"Tak Semestinya Semua Yang Dia.." - Ini Respon Awi Berkaitan Tweet Atikah Mengenai Lelaki Minta Duit

Asraf Aided
15/06/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
"Tak Semestinya Semua Yang Dia.." - Ini Respon Awi Berkaitan Tweet Atikah Mengenai Lelaki Minta Duit
Baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime ada menasihati kaum wanita agar menjauhi lelaki yang sering meminta-minta wang daripada pasangan tanpa berusaha sendiri.
Pada masa yang sama, Atikah juga mengakui dia memerlukan seorang pasangan yang mempunyai kewangan stabil.
BACA : "Lebih Baik Membujang Seumur Hidup" - Atikah Suhaime Nasihati Wanita, Tinggalkan Lelaki Suka Minta Duit...Tiada Usaha!
Meskipun Atikah tidak menyebut nama mana-mana pihak, ada netizen yang mengaitkan kenyataan terbabit dengan bekas tunangnya, Awi Rafael.
Gempak telah menghubungi Awi untuk mendapatkan sedikit komen mengenai isu ini.
Menurut Awi, dia berpendapat, tidak semestinya kenyataan yang ditulis Atikah berkaitan dengan dirinya.
"Saya pun tak tahu mengenai hal ini, apa yang penting, kita fikir yang terbaik kerana tidak semestinya semua yang dia tulis berkaitan dengan diri saya.
"Kini, saya hidup dalam keadaan yang tenang dan sibuk menguruskan perniagaan, saya ada keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan yang sentiasa ada bersama saya," katanya.
Tambah Awi, dia berharap agar perkara ini tidak disalah tafsir oleh segelintir pihak, pada masa yang sama, dia juga tidak mahu namanya dikatikan lagi.
"Saya selalu tunjukkan rasa hormat, Insya-Allah, saya harap tiada yang salah faham mengenai hal ini, saya juga tak mahu nama saya dikaitkan lagi," katanya lagi.
Dalam pada itu, Awi juga berpendapat, lebih elok jika dia menumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupannya.
"Di waktu sekarang ini, lebih baik saya tumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting seperti kesihatan ibu saya, krisis COVID-19 dan menguruskan kanak-kanak autisme yang menghadiri kelas muzik di studio yang saya usahakan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza," tuturnya mengakhiri bicara.
Sekadar imbasan, Awi telah mengikat tali pertunangan bersama Atikah, namun hubungan mereka putus pada 14 Mac 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar