Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Sempat Beli Makanan Di Bazar Ramadan, Ini Resepi Ringkas Roti John Guna Cheese Stick Semudah 10 Minit!

Amri Hassan 28/03/2024 | 06:27 MYT
Warga kotaraya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja di pejabat pasti akan kelam-kabut apabila tiba waktu berbuka. Mungkin ada yang tidak sedar atau terlepas pandang.
Namun, ada cara mudah untuk menyediakan hidangan ikonik roti john dengan cheese stick yang tidak memerlukan durasi masa yang panjang.
1. Panaskan cheese stick EB Frozen Food selama empat ke lima minit menggunakan Air Fryer dengan suhu sekitar 200 darjah selsius.
2. Kacau adunan telur menggunakan dan goreng bersama dengan roti yang telah dipotong tengah.
3. Letakkan sayur kubis, tomato, sos dan mayonis pada roti dan tambahkan cheese stick yang telah siap dimasak tadi.
4. Tada! Hidangan roti john cheese stick siap untuk dimakan.

A post shared by EB Frozen Food Malaysia (@ebfood.my)

Menjadi keutamaan syarikat pengeluar produk sejuk beku, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) untuk menyediakan produk berkualiti untuk pelanggan mereka terutama pada bulan Ramadan.
Kata Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil, produk yang dikeluarkan syarikatnya itu sentiasa peka akan keperluan pelanggan serta menyediakan produk yang lebih cepat dah mudah.
"Menjadi lumrah setiap pelanggan untuk memilih produk yang sedap dan berkualiti tinggi, tetapi melihat keadaan ekonomi yang sangat mencabar, para pelanggan lebih memilih produk yang memberi tawaran harga terhebat di pasaran.
"Bersempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya, istimewa buat semua peminat produk keluaran EB pelanggan bukan hanya dapat membeli produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan malah boleh menikmati harga serendah kurang dari RM10 untuk satu paket dan dalam pakej ‘Combo Deal’ bagi barangan terpilih di AEON, AEON Big, TF Value, Billion, Giant dan pasaraya berdekatan," kongsinya.

Peraduan “Hoora Hooray Raya” EB Frozen Food, menang hadiah bernilai sehingga RM25,000

Terus meraikan pelanggannya sempena kehadiran bulan Syawal kelak, EB Frozen Food turut menganjurkan peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan “Hoora Hooray Raya” yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM25,000.
Menurut Nurul Fatihah, peraduan ini juga dibuka kepada semua pelanggan produk jenama ini melalui pembelian sebanyak RM50 dan keatas bagi mana-mana produk keluaran EB.
“Sempena bulan Ramadan ini, pelanggan EB juga berpeluang untuk menyertai peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan “Hoora Hooray Raya” bermula 8 Mac sehingga 28 April dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM25,000.
“Antara hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai bernilai RM1,000 (5 pemenang), PS5, Insta 360 Go 3, Wet & Dry Vacuum, Instax Camera, RM50 TnG E wallet (20 pemenang),” katanya.
Berkongsi keberkatan Ramadan kali ini agar lebih bermakna, EB Frozen Food juga turut meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam meraikan pelanggan mereka.
“Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 pek bubur lambuk berserta produk keluaran EB iaitu Tempura Chicken Nugget kepada orang ramai.
“Bagi mereka yang ingin menyertai program ini anda hanya perlu bertemu dengan pasukan kami di pasaraya yang terpilih sekitar Lembah Klang sepanjang bulan Ramadan dan anda boleh mengunjungi laman media sosial EB Frozen Food untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang dijalankan,” jelasnya.

A post shared by EB Frozen Food Malaysia (@ebfood.my)

;