Laman Utama
Tak Sihat Pun Mega! Aina Abdul Sapu Lagu Terbaik #SFMM38 Pusingan Pertama
Penyanyi Aina Abdul tampil memukau sewaktu menyampaikan lagu Jangan Mati Rasa Itu pada saringan hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).
BERITA TRENDING: Aina Abdul Tak Cuci 200 Pasang Baju Ikonik, Rancang Buka Galeri
Ironi, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang menjadi peserta terakhir sedang berdepan dengan masalah kesihatan.
Aina mendedahkan kesihatannya kurang baik selepas menjayakan konsert solo A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November lalu.
“Saya memang kurang sihat sedikit hari ini, sebab selalunya kalau selesai kerja besar macam konsert, kesihatan saya memang akan rasa tak sedap badan dan jatuh sakit.
“Selepas konsert saya hari itu, saya belum ada rehat yang panjang. Memang boleh kerja, tetapi badan perlu rehat.
“Saya bukan demam tetapi ada masalah dengan sistem penghadaman, tidak boleh makan makanan pejal, hanya makanan berair (mudah hadam) sahaja,” ujar Aina sewaktu ditemui media di Studio 1, NTV7, Shah Alam, pada Jumaat.
BERITA TRENDING: “Aina, Listen… Tak Perlu Ikut Haters Tu, Mereka Ni Semua Takkan Suka Kau Aina” - Ramli MS
Bagaimanapun kata Aina, dia sudah mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai keadaan kesihatannya.
“Saya sudah berjumpa dengan doktor untuk periksa kesihatan selain buat juga aktiviti senaman. Saya ikut juga nasihat doktor apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh.
“Termasuk makanan, apa yang disuruh makan saya ambil. Kalau tidak disuruh saya tak ambil. Alhamdulillah saya boleh menyanyi tadi,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Aina meluahkan rasa syukur apabila lagu Jangan Mati Rasa Itu diumumkan sebagai lagu terbaik dan lagu Pilihan Alha Alfa pada saringan hari pertama.
“Saya sangat bersyukur hari ini dan tidak sangka menang lagu terbaik dan lagu pilihan Alha Alfa. Saya datang hari ini hanya ingin menyanyi dan menghiburkan peminat saya.
“Apabila diberi penghargaan daripada juri dan peminat, sangat terharu dan dalam masa sama rasa sebak,” katanya sambil menyifatkan lagu lain yang dipertandingkan juga hebat.
Kemenangan tersebut menyaksikan Aina juga membawa pulang wang tunai RM5,000 (RM3,000 pilihan juri dan RM2,000 penaja).