Hiburan

Tak Tahan Bau Badan Suami, Penyanyi Indonesia Ratu Rizky Nabila Tidur Berasingan

Amri Hassan
02/01/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Tahan Bau Badan Suami, Penyanyi Indonesia Ratu Rizky Nabila Tidur Berasingan
Gara-gara tidak tahan dengan bau badan suami, penyanyi Indonesia, Ratu Rizky Nabila nekad untuk tidak tidur sekatil.
Katanya, bau badan suaminya itu mengganggu deria baunya.
Bagaimanapun, 'perpisahan' itu bukan disebabkan masalah rumahtangga sebaliknya pasangan yang baru sembilan bulan mendirikan rumah tangga itu punyai alasan tersendiri.
"Sebenarnya desas-desus berpisah ranjang itu kerana hormon bayi. Memang betul pisah ranjang (tidak tidur sekatil).
"Aku tidur di bilik manakala suami tidur di sofa kerana tidak tahan mencium bau badannya," kata penyanyi lagu Susah Move On itu.
Ratu Rizky Nabila dan suami yang juga pemain bola sepak Indonesia, Alfath Fathier sebelum itu mendirikan rumah tangga selepas tiga hari berkenalan di sebuah kafe.
Difahamkan Ratu Rizky Nabila kini sedang hamil dua bulan.
Sumber: BolaSport.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar